Drama Pengampunan DSAI Bermula!

sultan-abdul-halim

Drama. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada hari Isnin, 23 Februari dengan sombongnya enggan memohon pengampunan daripada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung hukuman 5 tahun penjara kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari. Perkara ini disampaikan sendiri oleh peguam DSAI, Ramkarpal Singh  yang menyatakan bahawa pihaknya hanya akan memfailkan semakan kehakiman (“judicial review”) dan tidak menerima sebarang arahan daripada DSAI untuk memfailkan petisyen pengampunan.

TETAPI, tiba-tiba, keesokkan harinya, 24 Februari 2014, yang juga merupakan hari ke-14, hari terakhir dimana DSAI boleh memfailkan petisyen pengampunan, isterinya Datin Seri Wan Azizah berserta anak-anaknya YB Izzah & Nurul Nuha telah ke Istana Negara bagi menyampaikan  petisyen permohonan pengampunan Diraja.

Adakah proses pengampunan ini adalah satu strategi DSAI dan keluarga untuk melakukan penangguhan pelaksanaan ?

Apa maksud disini? Maksudnya adalah selagi mana proses pendengaran dihadapan Lembaga Pengampunan  dan YDPA ini belum dijalankan dan diputuskan, maka DSAI masih merupakan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat walaupun DSAI terpaksa menjalani hukuman di dalam penjara.

Langkah ini saya anggap sebagai satu strategi ‘membeli masa ‘dimana PKR dan Pembangkang sedang dalam usaha membuat satu kempen antarabangsa di Indonesia dan Australia bagi mendapatkan sokongan bagi membebaskan DSAI melalui desakan antarabangsa. Tetapi saya percaya bahawa Malaysia tidak akan termakan dengan desakan-desakan sebegitu, cuma nama baik Malaysia akan sedikit terjejas di mata antarabangsa.

Siapa Terlibat Dalam Lembaga Pengampunan?

Berbalik kepada cerita minta ampun, siapa sebenarnya yang mengisi komposisi kerusi Lembaga Pengampunan ini? Lembaga Pengampunan ini akan terdiri daripada Peguam Negara atau wakilnya, Menteri Wilayah Persekutuan dan sekurang-kurangnya tiga ahli yang dilantik selain daripada YDPA sendiri.

Sebenarnya, didalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menerangkan secara jelas tentang kaedah atau prosedur yang harus digunakan kerana peranan pengampunan ini sering dipandang sepi oleh masyarakat dan adalah diluar bidang undang-undang biasa. Maka, ia jarang-jarang sekali ia digunakan.

Mungkin, jika yang ada masih ingat kepada kes Mona Fendy, suaminya Afandi dan pembantunya Juraimi telah membunuh seorang ADUN di Pahang pada tahun 1993. Kes itu berlanjutan ke Mahkamah Agung (yang kini dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan) pada tahun 2001. Salah seorang daripada mereka iaitu Juraimi telah memfailkan petisyen pengampunan dibawah Duli YMM Sultan Pahang, namun petisyen pengampunannya ditolak.

Melalui pengamatan kes itu, tiada tempoh masa yang ditetapkan untuk Lembaga Pengampunan membuat keputusan, dan ia secara jelas merupakan budibicara YDPA/Sultan dan Lembaga Pengampunan itu yang menentukan keputusan pengampunan tanpa campur tangan pihak-pihak lain.

UMNO telah mula menyerang

Ramai pahlawan UMNO cuba memberi respon negatif kepada tindakan keluarga DSAI memfailkan petisyen pengampunan ini. Antaranya Datuk Puad Zarkashi, Datuk Razali, Datuk Seri Ismail Sabri dan lain-lain. Perjuangan UMNO sering menekankan aspek hak orang Melayu, dan hak-hak yang lain. Apa yang berlaku juga merupakan hak DSAI dan keluarga untuk memohon pengampunan dan hak ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara  42. (1) yang menyatakan bahawa  Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan. Maka hak ini perlulah dihormati dan tidak dipolitikkan.

Maka secara jelas, ia merupakan hak DSAI dan keluarga untuk berbuat demikian dan kita haruslah menghormatinya. Apa yang perlu diambil perhatian serius adalah keputusan yang akan dibuat oleh YDPA adalah berdasarkan budibicara penuh YDPA atas nasihat daripada Lembaga Pengampunan yang telah dibentuk.

Apa akan jadi jika YDPA & Lembaga Pengampunan tidak menyebelahi DSAI?

Akan ada tiga (3) kemungkinan bilamana kes ini dibawa ke Lembaga Pengampunan, pertama, sama ada DSAI diampunkan dan dilepas, atau kedua, DSAI tidak diampunkan tetapi dikurangkan hukuman atau ketiga tidak diampunkan dan menjalani hukuman seperti yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Apa yang saya harapkan agar DSAI dan parti pembangkang tidak bersifat biadap dengan mempersoalkan kewibawaan YDPA dan Lembaga Pengampunan jika keputusan tidak menyebelahi mereka. Jika keputusan Mahkamah mereka tidak terima, dan sanggup mengangkat slogan “Rakyat Hakim Negara”, saya harap tiada istilah “Rakyat Raja/Agong Negara” atau istilah-istilah yang mengherdik insitusi Raja Berperlembagaan. Semua pihak perlu mengawal emosi akan tidak melampaui norma-norma yang sepatutnya.

Apakah drama seterusnya? Menarik untuk disaksikan.

Ahmad Solehin Abd Ghani adalah seorang peguam dan merupakan Koordinator BNYV Negeri Johor

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan BNYV

My 2 Cent on GST

GSTMANY people are worried and confused regarding the Goods and Services Tax (GST) due to various reasons such as misinformation, lack of understanding and speculation. However, the Government has been taking steps to rectify this and there is still plenty of time since GST will only be implemented in April 2015. One of the main concerns is that the GST will raise prices of all goods and services but this is not quite true as consumers are already paying the Sales and Service Tax (SST).

The GST will replace the SST, not overlap it, and in some cases, this will cause prices to fall.
This is because flaws in the SST often cause issues such as taxes levied on top of taxes or companies including tax in their price but not passing them on to the Government.
Basically, the SST is a high tax on few products with many loopholes while the GST is a lower tax more products and promotes transparency. Due to provisions in the GST, thrifty consumers will actually pay less tax than they do now and those who are spendthrift may not even notice the negligible increase in the prices they pay.
Additionally, to ensure that sellers do not attempt to take advantage of the unaware by raising prices, the Government will step-up enforcement of the Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 and harsher punishments have been promised to those who contravene it. The GST also makes provisions which will lower taxes on exports, which should attract foreign investors to produce their goods here and sell them overseas.
For those concerned that the GST will cause inflation, it should be noted that previously, Fitch Ratings predicted that Malaysia’s credit rating might be downgraded in their June forecast.
According to economists, this would have caused inflation as the Ringgit would be devalued and in turn, cause imports to be more expensive.
The GST is part of a multi-step plan, which includes lowering subsidies which benefit those who don’t need them, to counter these concerns.
Hopefully, this brief and simplistic explanation of the GST will help clarify matters but for those interested in finding out more, details from official sources are already available with more coming out every day.
 
Asyraf Adlan,
Deputy Director BNYV

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan BNYV

Kenapa Perikatan sudah tidak mengikat

Parti Perikatan & Barisan NasionalMalaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 1957 telah mengangkat ide politik konsosiasional (consociational politic) melalui Parti Perikatan. Politik konsosiasional atau politik permuafakatan ini telah diperkenalkan oleh Arend Lijphart yang mengariskan demokrasi konsosiasional secara dasarnya ialah satu persefahaman di kalangan pemimpin masyarakat untuk berkongsi kerajaan. Arend Ljiphart juga mentakrifkan empat ciri-ciri politik konsosiasional: (1) Terdapat satu gabungan besar di kalangan semua kumpulan etnik (2) veto bersama dalam membuat keputusan (3) Kesimbangan kadar agihan peluang terhadap etnik-etnik dan (4) autonomi seimbang.

Teori politik konsosiasional merupakan amalan sistem politik yang digunakan oleh kebanyakan negara-negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan Malaysia adalah salah satu daripanya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Nordlinger, sebanyak 77 buah negara sedang membangun yang mempunyai kepelbagaian masyarakat mendapati sistem politik ini telah berjaya dalam mengekalkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Bahkan Arend Ljiphart juga menamakan Surinam, Cyprus dan Malaysia sebagai negara-negara dunia ketiga yang berjaya dalam mengadakan teori politik konsosiasional ini.

Keunikan ide  politik konsosiasional dalam BN adalah setiap parti-parti yang berada dibawah naungan BN membawa suara-suara etnik masing-masing.  Ramai yang berpendapat bahawa struktur politik etnik yang dibawa oleh parti-parti komponen dalam BN perlu dikaji semula namun struktur politik Malaysia masih belum kualitatif untuk beralih daripada politik etnik kepada politik berasaskan ideologi. Parti-parti komponen BN telah memilih untuk mengekalkan paradigma politik perkauman ataupun politik berasaskan etnik yang telah mereka pegang selama ini.

Walau bagaimanapun, pasca pilihan raya 2008 yang menunjukkan kegagalan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen memberi isyarat jelas bahawa ide politik konsosiasional perlu dikaji semula. BN perlu melihat kegagalan ini secara jujur dan telus. Tidak dapat dinafikan antara faktor utama ide politik konsosiasional dalam BN gagal untuk menarik minat pengundi terutama pengundi muda adalah kerana parti UMNO dilihat sebagai parti yang terlalu dominan dalam BN sehingga wujud persepsi bahawa UMNO adalah parti yang membuat keputusan mutlak kerajaan.  Persepsi ini wujud hasil kebangkitan media sosial yang memberikan ruang awam baharu kepada massa.

Namun, dalam era pasca modenisme, rakyat sudah semakin matang untuk menilai dan membuat artikulasi sendiri terhadap maklumat-maklumat yang mereka terima. Media sosial melahirkan masyarakat yang celik maklumat dan kerap kali persepsi menjadi aspek penting dalam politik massa.  Ide politik konsosiasional dan perkongsian kuasa yang diamalkan oleh BN telah membenarkan perbincangan dan keputusan dibuat oleh golongan elit sahaja yang mewakili etnik yang kerap kali tidak mewakili pendapat majoriti ahli etnik yang mereka wakili. Justeru, terdapat keperluan untuk BN mengubah falsafah politik mereka dari demokrasi konsosiasional kepada demokrasi deliberatif (deliberative democracy) atau demokrasi secara berunding.

Konsep demokrasi deliberatif adalah suatu konsep dimana perbincangan adalah aspek penting untuk membuat sebarang keputusan. Ia menerima pakai unsur-unsur kesepakatan untuk membuat keputusan dan pemerintahan majoriti. Perbincangan yang dimaksudkan adalah  keperluan untuk mendengar pandangan daripada khalayak umum secara keseluruhan yang tidak hanya diwakili oleh golongan elit yang menjadi wakil sesuatu etnik. Jürgen Habermas memperkenalkan konsep demokrasi deliberatif (deliberative demokratie) yang mengangkat dan menekankan bahawa bukanlah jumlah kehendak-kehedak individual (golongan elit) dan juga bukanlah sebuah ‘kehendak umum’ yang merupakan sumber legitimasi, melainkan sumber legitimasi itu adalah proses formasi deliberatif, penghujahan-diskursif suatu keputusan politis yang ditimbang bersama-sama yang mana sentiasa bersifat sementara dan terbuka untuk diperbaiki. Dalam kata lain, Jürgen Habermas memaksudkan, demokrasi deliberatif adalah sebuah radikalisasi dari demokrasi itu sendiri.

Satu tindakan berani harus dilakukan oleh BN bagi memastikan kehadiran mereka dalamkancah politik Malaysia terus relevan dihati rakyat. BN harus menyediakan ruang awam yang lebih luas kepada khalayak. Tugas menyediakan ruang awam untuk perbincangan mahupun perdebatan ini harus juga disambut oleh kesemua parti-parti komponen yang lain dan tidak hanya UMNO. Ini bagi memastikan parti-parti komponen ini dilihat terus relevan dan mewakili suara majoriti etnik yang mereka wakili. Teori politik baharu dan matang harus diberikan ruang secukupnya. BN juga seharusnya membuka ruang alternatif kepada khalayak yang muak dengan politik etnik yang sudah lapuk. Jika sekiranya BN bersedia untuk membawa politik berasaskan ideologi, gabungan ini harus membuka ruang keahlian kepada khalayak umum untuk bersama berpartisipasi. Jika BN tidak berani untuk membuat anjakan dan berterusan untuk mengekalkan status quo mereka politik berasaskan etnik akan kehilangan banyak dinamisme dalam pilihan raya dan tidak berkesan untuk memujuk masyarakat Melayu dan bukan Melayu untuk terus bersama gabungan mereka.

Firdaus Samad

Februari 2015

Kes Liwat II Anwar Ibrahim: Adakah sudah menemui nokhtahnya?

anwar ibrahim

Umum mengetahui bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari. Keputusan di Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang mana keputusan tersebut pada awalnya telah diputuskan di Mahkamah Rayuan yang mendapati bahawa DSAI bersalah.

Isunya, Bolehkah DSAI Merayu?

Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia. Selepas Mahkamah Persekutuan, tiada lagi mahkamah lain selepas itu. Maka secara teori dan praktikalnya, tiada ruang untuk DSAI merayu. TIADA. Noktah.

TETAPI, DSAI mempunyai 2 langkah yang boleh diambil. Yang pertama, DSAI sebenarnya mempunyai ruang selama 14 hari bermula daripada hari dijatuhkan hukuman untuk memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini terletak dibawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dimana Perkara 42 (1) berkata bahawa YDPA berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum dengan segala kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kenapa di Kuala Lumpur? Ini adalah kerana kes DSAI telah dibicarakan dibawah bidangkuasa Mahkamah di Kuala Lumpur bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jika permohonan ini dikemukakan, permohonan itu akan dibawa ke hadapan Lembaga Pengampunan yang dianggotai oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Peguam Negara dan 3 ahli yang dilantik dan dipengerusikan sendiri oleh YDPA. Namun sehingga saat tulisan ini dibuat, tidak terdengar apa-apa desas desus yang mengatakan bahawa DSAI akan memfailkan permohonan ampun daripada YDPA.

Langkah kedua yang boleh diambil, atau boleh dikatakan langkah terahir adalah dengan memfailkan semakan kehakiman dibawah Kaedah 137 Kaedah Mahkamah Persekutan 1995 yang membenarkan pihak yang kalah iaitu DSAI memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah dibuat ke atasnya.

Tetapi semakan kehakiman ini hanya boleh dilakukan selepas Penghakiman Penuh kes tersebut dikeluarkan, dan semakan kehakiman ini adalah berdasarkan kepada alasan-alasan penghakiman yang telah dibuat ole Mahkamah Persekutuan.

Apakah peratusan berjaya?

Secara jujurnya daripada pengamatan saya, ia adalah sangat tipis kerana sepanjang kes ini berlangsung, Mahkamah mendapati bahawa Saiful Bukhari merupakan seorang saksi yang boleh dipercayai dan memberikan keterangan secara konsisten walaupun diasak oleh 15 orang peguam DSAI semasa proses soal balas dilakukan.

Di pihak DSAI pula, beliau memilih untuk tidak memberikan keterangan bersumpah, dan kesannya adalah pendakwaraya tidak mempunyai ruang untuk menyoal balas DSAI dan DSAI boleh bercakap apa sahaja di kandang saksi, dan antara diucapkan oleh beliau bahawa kes beliau kali ini adalah merupakan konspirasi Perdana Menteri dan kerajaan. Kesan yang paling ketara apabila seorang saksi iaitu DSAI tidak memberikan keterangan secara bersumpah, maka pemberat kepada apa yang dinyatakan adalah sangat rendah, dan Mahkamah mempunyai hak untuk tidak mempercayainya.

Tukar Pemerintah, DSAI bebas?

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyatakan DSAI akan bebas jika pembangkang berkuasa. Saya berpendapat kenyataan sebegini adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina Mahkamah. Selain daripada 2 cara diatas, DSAI tidak akan dilepaskan begitu sahaja.

Kenyataan yang dikeluarkan ini seolah-olah menceritakan bahawa kuasa eksekutif boleh mencampuri kuasa yang ada pada bidang kehakiman, dan ia secara jelas bertentangan dengan konsep pengasingan kuasa yang kita amalkan pada hari ini. Dan kenyataan ini menunjukkan secara jelas keterdesakan pihak pembangkang bagi menarik sokongan dan simpati rakyat.

Maka secara jelas, kenyataan ini sebenarnya tidak masuk akal dan bersifat menghina keputusan Mahkamah. Diharap ada pihak dapat membawa perkara ini kehadapan dan dapat membetulkan perspektif rakyat bahawa DSAI akan dibebaskan jika pembangkang menang adalah mengarut dan tidak masuk akal sama sekali dan ia seolah-olah membelakangkan undang-undang.

#DenganIzinSayaBidas

Ahmad Solehin Abd Ghani adalah seorang peguam dan merupakan Koordinator BNYV Negeri Johor

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan BNYV